Sunday 18 January 2015

TIPS MENDOBI DENGAN MUDAH DAN PANTAS


Cuci baju express camne ye hahahha jum kita lawati laundrybar dobi layan diri kat Sri Gombak. Tak sampai 1 jam pun duk sini. Aktiviti hujung minggu dengan Mr Perfect ku. Senang jer hah jimat masa datang bawak jer baju kotor anda, detergent dan softener diberi percuma kat sini tau

Nak pakai sendiri punya dynamo pun boleh cam saya bawak sendiri jadi
pada yang nak bawak sendiri punya pun x salah,
tuang je kat mesin basuh tu.

Adanya dobi layan diri ni saya tak yah dah susah-susah nak pikir cuaca hujan la-tak sempat nak angkat baju kat ampaian la-baju jemuran x kering la-terlupa nak sidai la (haa yg ni selalu terjadi)

duk sini dating berduan mendobi bersama haaa kan bagus modal skit jer.

ikut jer apa yg ditulis kat dinding tu ye kami pun 1st time datang.

sebelah-menyebelah ada kedai makan kedai minum mini market jadi cuci mata sambil-sambil tunggu tu kan.  Modal tak banyak 1 token = RM1.00.

takat kami berdua ni patutnya guna mesin basuh 14kg pun dah cukup, 14kg tu kena masuk 6 token iaitu bersamaan dengan RM6.00.

Jeans banyak sangat takut tak muat jadi amik lah hak mesin 28kg tu hah ngalah kan anak 10 gitu mendobinya.  Mesin paling besar ada sini 28kg=11 token iaitu bersamaan dengan RM11.00.
Abang ni pun mendobi sendiri jer senang kan sumbat jer token tu.

Tadi wash pastu skang nak drykan plak jadi pindah mesin dan kena tambah lagi 4 token iaitu bersamaan dengan RM4.00 untuk 14kg (24minit) pastu kalau rasa masih tak kering bleh jer tambah masa lagi. 100% mudah senang tak yah runsing ler kak jah..

Cakap kat Abg ku minggu depan kita dating sini lagi la yer berdua bersama kualiti time gitu hihihihi

Selamat mendobi dengan jaya nya.




1 comment:

  1. senang sekarang ni, bisnes kedai dobi pun dah banyak naik...

    ReplyDelete