Friday, 29 August 2014

Concealer Palette

Ramai juga yang tanya warna ni untuk apa, warna itu untuk apa? Jadi menjawab soalan tersebut ni nak share sikit "Concealer Palette" yang ada banyak pilihan tone, ada 15 semuanya lengkap dalam 1 palette, best kan,

Dalam gambar dah tunjukkan setiap warna yang ada.  Kalau yang warna kuning tu boleh digunakan untuk samarkan lebam mata yang akan-akan beruang panda.  Yang purple tu juga concealer untuk cover mana yang patut dan yang hijau tu pun sebenarnya untuk cover mana yang patut... sama jer lebih kurang kan tapi yang menjadi persoalan nye cara anda smue blend concealer tu apabila mengikut kesesuaian warna kulit.. xleh la satu warna concealer kita bantai kat kulit yang lain-lain warna kan.. wanita asia ni tone kulit berbeza-beza.  Jadi time blend/mixed n match tu la kena perhatikan betul-betul warna mana yang sesuai ye.  Pokok pangkal ni semua adalah concealer ye.

Tapi yang putih no 1 tu adalah highlighter.  Fungsi higlighter ni bila nak fokuskan sesuatu area contoh cam dahi atau atas hidung.  Shading pula adalah yang paling gelap tu untuk memberi efek samaran pada bahagian yang kita nak kecilkan atau tonjolkan.

Walaupun fungsi utamanya concealer tapi saya ada juga guna untuk dijadikan foundation sebab saya boleh campurkan warna terang dan gelap supaya sesuai dengan kulit saya.  Jimatkan boleh guna sebagai foundation gak.  Selamat mencuba ya ladies...



Thursday, 28 August 2014

Shading/Concealer/Makeup Base

Shading/Highlighter yang saya pamerkan berikut ada 2 jenis iaitu jenis krim dan jenis debu (powder).  
Shading adalah yang warna-warna gelap tu manakala highlighter adalah yang warna-warna cerah dan teran.
Tujuan shading adalah untuk memberi samaran pada bentuk wajah untuk memberi efek samada memancung kan hidung, mengecilkan dahi, mengecilkan rahang atau boleh juga naik menaikkan pipi sebelum pakai blusher dan banyak lagi kegunaan shading ni. seperti yang ditunjukkan dalam gambar model tu.
Highlighter pula untuk memnyerlahkan lagi mana-mana kawasan yang perlu dimuka.  Seperti dalam gambar model ni pakai highlighter kat dahi, hidung, bawah mata, rahang, dagu dan juga bawah kening.  Pabila dah ditouch up dan tambah bedak nnt dapat hasil yang diingini iaitu bentuk muka lgi nmpak flawless dan mengikut bentuk yang dikehendaki. 
Bagus kan, tak yah susah-susah nak botox.. tambah sana-sini sikit... dah bleh cantik muda berseri. 
Pada saya pula shading/highlighter jenis powder lagi senang nak kontrol namun terpulang pada diri memasing, ada juga yang jari-jemarinya sangat senang nak kontrol yang jenis krim.. ikut kreativiti memasing ye anak-anak sekalian..




Tuesday, 26 August 2014

Set Berus Asas Naked 3


Set berus asas NAKED 3

saya memang suka dengan warna naked... nampak eksklusif nampak mahal benar tapi sebenarnya xde la pun saya jual pun baru rm18.00 per set ni.  Kalau anda google pun payah nak jumpa sebab bila search jer naked brush jap lagi yg kuar gambar naked lain.. mampus aih. Jadi abaikan aje la ye, lets focus on this and this only.

Set ni memang sangat mesra handbag senang jer nak angkut pi memana dah kalau x sempat nak bersiap kat rumah, dalam keta pun jadi kan. Masa trafic light merah kita pun sibuk tenyeh blusher smpai juling pakcik kereta sebelah menengok nye.. hairan dia dah rupa cam sarkis plak dalam keta kita kan. Redha je la pakcik udah nama nye pompuan rope gitu la.

Nway, pada yang tak berapa nak mahir dengan berus ni saya nak habaq mai, set ni ada:> 

1.  Berus blusher
2. Berus eyeshadow 
3. Berus eyeshadow
4. Berus concealer (nak guna untuk apply eyeshadow pun bleh)
5. Berus lipstik
6. Berus kening/angled brush (kadang2 dipakai tuk apply gel eyeliner atau smudge eyeliner)
7. Berus/perapi kening

Bergantung pada kreativiti solekan masing-masing.. sebatang berus banyak gunanya.  Janji muka tak tukar rupa hantu gomak sudah la kan.  Harap ini dapat membantu sedikit sebanyak, saya pun x professional tapi sangat sudi dan suka kongsi ilmu yang tak seberapa ini.  Terima kasih, Zana.

Monday, 25 August 2014

Daging Bali

Saya suka makan daging bali hasil masakan Puan Mazri Ernie walaupun dengan drama
Isnin dia smlm yg penuh drama tu dimana anak tertido dalam keta padahal tak smpai 5 minit jer, nasib baik suami dia cepat smpai dengan kunci spare kereta.. daging ni smpai gak. Wangi semerbak ofis aku tq ye.. ni 2nd time beli mmg sedap, u oll rugi x cuba.. sddap tau daging bali ni dan dia jg ada jual sambal Pahang..

Friday, 22 August 2014

Makeup Remover

Makeup remover memang sinonim dengan facial wash.. selalu saya akan lap dulu muka pakai tisu basah ni kasi wipe out semua kotoran dan solekan yang melekat kat muka seharian then barulah saya akan cuci muka guna facial foam.. tujuannya adalah memastikan kesan solekan benar2 hilang dari kulit muka kita. Kalau guna facial foam aje tanpa lap dulu muka pakai tisu ni mesti x cuci 100% mesti kesan eyeliner ada lagi pastu dah jadi rupa panda plak.. jd saya sngat puas hati pabila dah apply tisu basah ni.. lagi efficient kalau bawak pi opis sumbat je dalam handbag. Tak mahal pun RM 7.00 je dan dalam ni ada 40 helai tisu basah.

Tengok... tisu putih pun dah tukar jadi warna coklat dan yg tompok2 hitam tu kesan Eyeliner yg saya pakai..

Wednesday, 13 August 2014

Eyeliner Kajal Warna

Eyeliner Kajal pekat dan ada 6 warna
RM10 sebatang tapi bli lebih dr 1 dapat harga rm6 sebatang
saya ada 18 btang saja dalam stok, harap maklum

Simple dan senang digunakan, pabila dah pakai eyeliner ni boleh buat pilihan samada nk pakai eyeshadow atau tidak..






Tuesday, 12 August 2014

Eyeliner

Eyeliner Twist Hitam atau Coklat 
(Jenis pensil)
Tak perlu asah, hanya perlu pusingkan pensil, Warna pekat terang dan waterproof
TIPS:- Sebelum pakai eyeliner, sapu bedak compact kat mata tu then baru pakai eyeliner
xde la than sangat tapi kalau tenyeh kuat2 ngat tisu tanggal juga la skit2, klu dak ok jer
Sebatang RM5.00 tapi beli lebih dari 3 dapat harga borong dan sangat murah iaitu RM1.20 sebatang.  Boleh Whatsapp untuk order 012 203 1661


Eyebrow Pensil Warna Coklat 
(Jenis Pensil)
Viva eyebrow pencil warna cantik dan menaikkan seri wajah, pensil ni juga banyak digunakan oleh makeup artis tau sbb tu kening pengantin tu cantik2.. >> rm10.00 sebatang

Eyeliner Gel Miss Rose  
(Jenis Gel)
Eyeliner dwi use eyeliner boleh nak pakai untuk eyebrow pun bleh
# 2 in 1 - warna hitam dan coklat dalm 1 pek
# warna pekat tak kering dan tahan lama
# dapat warna coklat dan hitam dalam 1 bekas











Monday, 11 August 2014

Blouse Trendy & Feminine

Blouse Muslimah 

  • Design yang sangat trendy dan feminine
  • Fabrik cotton dan selesa dipakai
  • Sangat mesra nursing iaitu dibahagian dada ada butang panjang yang boleh dibuka
  • Sangat mesra wuduk iaitu lengan yang senang disinsing
  • Kiri kanan blouse ada belah
  • Hujung lengan ada butang/bergetah
***warna baju mungkin sedikit berubah dari foto disebabkan faktor pencahayaan.